Ini cerita ttg boss baik & boss tidak baik.
In short;
Boss Baik
- menghargai setiap usaha pekerjanya.
- tidak akan tengking pekerjanya kalau ada kesilapan, masalahnya ada yg main tengking2 di khalayak pekerja lain. Nak marah kena control, panggil staf ke dalam bilik bincang elok2.
- tidak meletakkan kepentingan periuk nasi diri sendiri di hadapan, terutamanya ketika syarikat menghadapi masalah. Ibarat kapal karam sama2 tenggelam.
- tidak akan membawa urusan & masalah peribadi ke pejabat. Professional.
- menggunakan be-human approach dlm sgala urusan, terutamanya semasa nak execute tasks kpd staf bawahan. Ingat, staf anda bukan hamba abdi @ robot!
- menerima cadangan, komen & pendapat drpd staf bawahan. Bos perlu berlapang dada, & staf juga perlu berlapang dada. Tidak semua perkara dpt memuaskan hati semua orang. Ubat utk masalah ini adalah dgn berlapang dada @ tasamuth.
- utk memastikan management yg baik, adalah sangat disyorkan agar bos mggalakkan pekerjanya terdedah dgn sistem MBO, KPI, SWOT. Walaupun namanya syarikat Islam yang menjulang syariat Islam, tidak ada gunanya jika tidak merancang dgn baik. Ingat! - "Kebenaran Yg Tidak Terancang Dapat Dikalahkan Oleh Kebathilan Yg Terancang". Sekalipun kita mengalungkan nama Islam pd leher kita, tanpa perancangan, organisasi akan mudah jatuh!
Boss Tidak Baik
- suka tengking staf.
- pentingkan diri, terutamanya dlm masa syarikat menghadapi kesusahan. Itu bukan perjuangan!
- tidak mahu menerima pandangan, komen, cadangan staf bawahan & orang lain. Ego-maniac.
- isu2 peribadi termasuk rumahtangga dibawa ke pejabat. Tidak profesional.
- tidak menghargai setiap titik peluh pekerjanya. Yang dia tahu nak cari kesalahan sahaja!
- mengerahkan tenaga org bawahan ibarat staf bawahan adalah robot.
Semoga mereka yg bergelar boss & bakal menjadi boss dpt mengambil iktibar drpd point2 di atas. Ini bukan pendapat saya (seorang), tapi pendapat rakan2 lain yg juga bergelar staf. Jika dlm checklist anda ada bnyk ciri2 boss tidak baik, barulah anda tahu betapa staf2 anda yg selama ini setia & berkorban utk syarikat menyampah terhadap anda. Masa yg baik utk berubah adalah SEKARANG!
Renung2kan & selamat beramal.
WaLLAHua'lam.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment