Assalamu'alaikum wrh wbt.
Saya berasa hairan melihat gelagat telatah beberapa orang ahli jamaah yg saya kenal di peringkat kawasan. Mereka sentiasa mengaku diri sebagai ahli jamaah@gerakan Islam, tp nampaknya lebih hebat sembang & bagi kuliah teori drpd buat kerja. Yang paling menyedihkan, ada di antara mereka merupakan ustaz.
Kalau mengajar di sekolah2 naungan kerajaan BN boleh tahan kira, tapi ada yg berniaga sendiri. Ada yg cuma kerja swasta. Tapi tidak berani All-Out, ataupun paling tidak membuat kerja2 bersifat groundwork.
Lucunya, apabila PAS mengalami kekalahan dlm pilihanraya ataupun contohnya dlm situasi sekarang apabila BERSIH dihambat sehebat2nya, mereka bersangatan merungut mengutuk BN-UMNO.
Saya teringat kata2 sahabat saya, Ketua Pemuda PAS Kwsn PetraJaya, beliau berkata - ahli jamaah yg tidak bergerak ini, persis orang Islam yg tidak solat. Apa ertinya memegang title 'ahli' kalau gelagatnya hanya seperti orang biasa?! Ke mana perginya pegangan terhadap bai'ah itu? Rupa2nya kalau diaudit, ramai juga ahli tidur dalam jamaah.
Situasi di Sarawak memerlukan ahli2 utk kuat bekerja. Saya mengambil kata2 sahabat sy yg skrg ini mengajar di Poli Mukah, yg sgt aktif dlm kerja jamaah, beliau menyebut "Buatlah kerja jamaah setiap hari, biarpun hanya 1 jam". Jikalau yg bergelar ustaz (yg secara logiknya lebih tahu kedudukan hukum brjemaah) pun tidak endah tentang perkara ini @ dlm erti kata lain - dayus trhadap jamaah, lebih baik diam tutup mulut sahaja kalau ada isu2 membabitkan PAS & Pakatan Rakyat.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
No comments:
Post a Comment